Ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Tetap Parti Komunis China, Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China Jia Qinglin semalam tiba di pekan Yingxiu dan bandar Dujiangyan di pusat gempa bumi untuk meninjau keadaan bencana dan membimbing usaha menyelamat.
Pagi semalam, Jia Qinglin tiba di pekan Yingxiu untuk menziarahi mangsa-mangsa bencana serta pasukan tentera dan polis yang sedang melaksanakan kerja menyelamat. Jia Qinglin berharap mangsa-mangsa bencana dapa berusaha mencipta kehidupan yang cemerlang pada masa depan. Selanjutnya, Jia Qinglin pergi ke pusat penempatan mangsa-mangsa di bandar Dujiangyan untuk menziarahi pelajar-pelajar yang ditempatkan di sana. Beliau berkata, kamu sekalian adalah tabah dalam bencana ini. Beliau juga mengucapkan selamat Hari Kanak-kanak China kepada pelajar-pelajar di sana.
|