Naib Perdana Menteri China Hui Liangyu baru-baru ini menyatakan bahawa pelbagai peringkat kerajaan dan jabatan yang berkenaan di kawasan bencana tersebut sepatutnya mendengar pendapat pakar-pakar, menggunakan sains dan teknologi yang moden untuk menjayakan kerja-kerja menyelamat.
Hui Liangyu mempengerusikan sidang Markas Operasi Usaha Menyelamat di Sichuan baru-baru ini. Beliau secara khusus mendengar cadangan Suruhanjayha Pakar Gempa Bumi Wenchuan. Beliau menyatakan bahawa Suruhanjaya Pakar Gempa Bumi Wenchuan telah mengatasi banyak kesukaran dan mengadakan penyelidikan, menyediakan bantuan yang berkesan dan memainkan peranan yang penting bagi mengenal dengan tepat keadaan bencana, membimbing kerja-kerja menyelamat.
|