2008-06-01 Fadil
Projek untuk mengalirkan air daripada tasik Tangjiashan di Wilayah Sichuan selesai dibina. Tasik itu terbentuk ekoran air sungai terbendung oleh runtuhan tanah dan batu yang jatuh dari gunung.
Sehingga pukul 10 malam semalam, satu parit sebanyak 130 ribu meter padu telah digali untuk menyalukan air daripada tasik itu semasa permukaan air itu naik nanti. Sekarang, sebahagian anggota penggali parti itu telah berundur.
Sebelum ini, 190 ribu orang penduduk tempatan telah dipindahkan ke tempat yang selamat memandangkan banjir yang mungkin berlaku.
|