Sehingga semalam, seramai lebih 10 ribu orang yang cedera dalam gempa bumi di Sichuan telah dipindahkan ke 20 provinsi, wilayah autonomi dan bandar yang lain untuk menjalani rawatan.
Jurucakap Kementerian Kesihatan China, Mao Qun'an semasa diwawancara berkata, bermula pada 17 hingga 31 Mei lalu, orang yang cedera dalam gempa bumi tersebut dipindahkan ke lebih 340 buah hospital di seluruh negara melalui 21 buah kereta api khas, 99 buah kapal terbang carter dan lebih 10 ribu buah ambulans. Pemindahan orang yang cedera itu juga melibatkan seramai lebih 5000 orang anggota perubatan.
Menurut jurucakap itu lagi, pemindahan itu telah mengurangkan tekanan yang dihadapi hospital-hospital Sichuan dan berfaedah untuk memberikan rawatan sebaik-baiknya kepada mereka yang cedera.
|