Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Sumber Tenaga Negara China, Zhang Guobao yang bertugas atas pembangunan semula infrastruktur di kawasan bencana gempa bumi hari ini berkata, bekalan elektrik untuk kawasan bencana di Sichuan kini mencukupi dan tidak akan terputus akibat peningkatan permintaan kuasa elektrik pada musim panas.
Beliau berkata, Kumpulan Petroleum Kebangsaan China (CNCP) sedang mengangkut minyak ke kawasan bencana secara terus-menerus. Selain itu, kebanyakan syarikat arang batu di Provinsi Sichuan telah memulihkan pengeluaran mereka, dan simpanan arang batu di syarikat jana kuasa elektrik tempatan juga semakin bertambah.
|