Gempa Bumi Sichuan China bukan sahaja mengakibatkan ramai orang terkorban dan cedera, tetapi juga mengakibatkan ramai penduduk hilang tempat berteduh. Walaupun kerajaan China menyediakan khemah dan tempat kediaman sementara bagi mangsa bencana tersebut, tetapi syarat hidup mereka amat tidak baik. Untuk menyelesaikan masalah itu, kerajaan China baru-baru ini berjanji akan mendirikan 1.5 juta buah rumah sementara bagi mangsa tersebut. Kini, kerja itu sudah pun dimulakan.
Setakat ini, kerajaan China telah pun memindahkan sejumlah 15 juta orang mangsa gempa ini. Untuk memperbaiki syarat hidup mereka, kerajaan China baru-baru ini memutuskan, bahawa di samping menyediakan banyak khemah, mereka juga mengarahkan 21 provinsi termasuk Guangdong, Hebei dan Beijing supaya masing-masing membantu Sichuan, Gansu dan Shaanxi yang terjejas teruk oleh gempa bumi, dan membina 1.5 juta buah rumah sementara dalam tempoh 3 bulan.
Kerajaan China mengarahkan 21 provinsi tersebut supaya menyediakan perkhidmatan menyeluruh dalam proses rumah sementara itu. Rumah tersebut mestilah tahan gempa bumi, angin, hujan, cuaca sejuk, dan sekurang-kurangnya digunakan selama 3 tahun.
Presiden China, Hu Jintao baru-baru ini rumah sementara itu di bandar Langfang Provinsi Hebei. Sebuah syarikat di bandar itu dipertanggungjawabkan untuk membina 6 ribu buah rumah sementara. Hu Jintao berkata kepada pekerja syarikat itu:
"Kini, menempatkan mangsa menjadi tugas yang paling utama. Kita menghadapi kesukaran yang paling besar kerana kekurangan tempat kediaman sementara. pembinaan rumah sementara merupakan tindakan yang utama untuk menyelesaikan masalah tersebut. Saya berharap syarikat ini dapat membina lebih banyak rumah sementara agar mangsa bencana dapat berpindah ke 'rumah baru' dengan secepat mungkin. "
Dengan itu, 21 buah provinsi tersebut telah mempercepat proses pengeluaran bahan, pengangkutan dan pembinaan rumah sementara itu. Di sebuah syarikat yang membina rumah sementara, di bandar Yantai Provinsi Shandong, pekerja-pekerjanya bekerja bertungkus lumus untuk menyiapkan rumah tersebut. Pengarah syarikat itu, Li Changzhi memberitau wartawan:
"Semua pekerja ingin membantu mangsa. Syarat hidup mereka amat teruk. Kami ingin membantu mereka membangunkan semula kampung halaman mereka."
Wenchuan dan Deyang yang lebih teruk keadaannya akibat bencana ini dibantu oleh Provinsi Guangdong. Ketua Jabatan Pembinaan Provinsi Guangdong, Fang Qingfang memberitau wartawan:
"Saya berpendapat bahawa kerajaan pusat China yakin kepada keupayaan kami, maka mereka memberikan tugas membina rumah sementara di pusat gempa bumi ini kepada kami. Kami akan berusaha melaksanakan tugas ini secepat yang mungkin, dan menjamin kualiti serta kuantitinya."
Melalui usaha pelbagai pihak, semakin banyak rumah sementara mula dibina di kawasan bencana gempa bumi. Menurut statistik, setakat 1 Jun yang lalu, rumah sementara yang telah dibina di kawasan bencana ini berjumlah lebih 11 ribu buah, sedang dibina dan menunggu untuk dibina berjumlah lebih 45 ribu buah, yang telah diangkut dan menunggu untuk diangkut juga telah mencatat lebih 81 ribu buah di pelbagai tempat. Kerajaan China menyatakan bahawa mereka akan terus memperbaiki syarat dan fungsi kemudahan rumah sementara itu untuk memenuhi permintaan mangsa-mangsa.
|