Seramai 89 orang kanak-kanak dan 16 orang guru dari kawasan bencana gempa Sichuan tiba di bandar Sanya, provinsi Hainan China semalam bagi menjalani rawatan psikologi selama 15 hari.
Pemandangan provinsi Hainan sangat indah, kanak-kanak yang cedera dalam kes tebusan Beslan Rusia pernah menerima rawatan di Sanya. Untuk membantu kanak-kanak di kawasan bencana Sichuan secepat mungkin bebas daripada bayangan psikologi, maka badan tertentu provinsi Hainan mengadakan aktiviti tersebut.
Selama berada di Hainan, kanak-kanak berkenaan akan melawat pelbagai tempat di Hainan dan menerima rawatan kaunseling pakar psikologi.
|