Seramai 89 orang kanak-kanak dan 16 orang guru dari kawasan bencana gempa Sichuan tiba di bandar Sanya, provinsi Hainan China semalam bagi menjalani rawatan psikologi selama 15 hari.
Pemandangan provinsi Hainan yang sangat indah boleh membantu kanak-kanak mangsa bencana Sichuan secepat mungkin bebas daripada bayangan psikologi. Maka badan tertentu provinsi Hainan mengadakan aktiviti tersebut. Kanak-kanak yang cedera dalam kes tebusan Beslan, Rusia pernah menerima rawatan di Sanya.
Selama berada di Hainan, kanak-kanak berkenaan akan melawat pelbagai tempat di provinsi itu dan menerima rawatan kaunseling pakar psikologi.
Pada 23 Mei lalu, semasa berunding dengan Presiden Hu Jintao, Presiden Rusia Dmitri Medvedev atas nama kerajaan Rusia mengundang pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan bencana China mendapatkan rawatan di Rusia. Pelajar-pelajar tersebut akan melawat tapak peninggalan sejarah, pemandangan alam yang indah, dan juga akan melawat wajah pusat bandar Chelyabinsk, Rusia.
|