Perdana Menteri Wen Jiabao menegaskan, pelbagai pihak yang berkaitan hendaklah menggalakkan pemulihan pengeluaran industri dan pertanian di kawasan bencana di samping mengatur kehidupan asas mangsa-mangsa bencana.
Beliau mempengerusikan mesyuarat Markas Operasi Menyelamat Bencana Gempa Bumi Dewan Negara ke-16 di Beijing semalam untuk mengatur pemulihan pengeluaran industri dan pertanian serta membincangkan "Rancangan Negara Mengenai Kerja Pembinaan Semula Pasca-Gempa Bumi Wenchuan".
Dalam mesyuarat tersebut ditegaskan, pembinaan semula perlu mengutamakan penyusunan kehidupan asas rakyat serta pemulihan kemudahan perkhidmatan awam. Kapasiti sumber alam dan alam sekitar juga perlu dipertimbangkan. Pembinaan semula hendaklah dikaitkan dengan pembangunan jangka panjang sosioekonomi.
|