Kementerian Pengangkutan memaklumkan, setakat 2 Jun, jalan-jalan di 424 pekan antara 439 pekan yang mengalami bencana paling teruk di Sichuan telah diperbaiki.
Jalan telah diperbaiki menjamin kelancaran penghantaran barang bantuan bencana. Sejak bencana 12 Mei hingga 1 Jun, barang bantuan bencana dari Shaanxi, Chongqing, Gansu dan Sichuan yang diangkut melalui jalan raya ke kawasan bencana telah mencapai lebih 3 juta tan.
Serentak dengan itu, pengangkutan barang bantuan dengan kapal melalui Tiga Gaung Sungai Yangtze telah mencapai 156 ribu tan.
|