Kementerian Pendidikan semalam memaklumkan, jabatan-jabatan pendidikan di pelbagai tempat di China menerima pelajar-pelajar dari kawasan bencana untuk menyambung pelajaran mereka yang tergendala kerana bencana tersebut.
Berdasarkan statistik, setakat ini, Chongqing, Jiangsu, Guangxi, Anhui dan Shandong telah menerima lebih 5,100 orang pelajar dari kawasan bencana.
Provinsi Sichuan juga terus menambah bilangan sekolah khemah agar dapat menampung lebih ramai pelajar. Pelbagai institut dan universiti di Sichuan juga mendirikan sekolah amal yang telah menerima lebih 28 ribu orang pelajar sehingga 16 Mei.
|