Pejabat Sistem Penyelaras PBB ke China hari ini memaklumkan, lebih banyak barang bantuan PBB sedang diangkut ke kawasan bencana Sichuan.
Barang bantuan yang disediakan oleh Tabung Kanak-kanak PBB termasuk 100 buah tandas bergerak dan 50 ribu pakaian kanak-kanak. Sebanyak 201 tan beras dan minyak masak yang disediakan oleh Program Makanan Dunia PBB telah tiba di bandar Mianyan semalam. Barangan kesihatan yang disediakan oleh Tabung Penduduk PBB akan tiba ke Chengdu esok. Barang bantuan yang disediakan oleh Program Pembangunan PBB termasuk selimut, lampu kecemasan dan khemah telah dihantar tiba di Chengdu. Agensi Pelarian PBB juga menyediakan sejumlah besar khemah untuk kawasan bencana.
Sejak gempa bumi berlaku, pelbagai pertubuhan PBB telah menghantar 14 orang kakitangan ke kawasan bencana. Kini masih terdapat 5 orang kakitangan ditempatkan untuk menyelaraskan kerja-kerja bantuan.
|