Sehingga pukul 10 malam semalam, kerja-kerja mencari helikopter penyelamat yang terhempas di kawasan bencana masih diteruskan. Presiden China Hu Jintao mengarahkan usaha mencari helikopter itu terus dijalankan.
Jabatan Pimpinan Bantuan Bencana Chengdu Tentera Pembebasan Rakyat China mempergiat kerja mencari yang agak sulit kerana keadaan bumi yang rumit.
Seorang pegawai tentera dalam operasi mencari menyatakan, mereka akan mengumumkan dengan segera sebarang hasil dicapai dalam kerja mencari itu.
|