Kementerian Hal Ehwal Awam China mengeluarkan cadangan bagi memastikan kehidupan anak, orang tua serta orang kurang upaya yang kehilangan anggota keluarga akibat bencana gempa di Sichuan terpelihara.
Cadangan itu menggariskan usaha-usaha bagi membantu kanak-kanak mencari ibu bapa mereka yang hilang dalam bencana, dan memastikan institusi kebajikan dan sekolah untuk menerima kanak-kanak yatim piatu. Dalam cadangan itu juga ditetapkan bahawa mereka yang ingin mengambil anak yatim berusia 10 tahun ke atas sebagai anak angkat perlu mendapat persetujuan daripadanya.
Di samping itu, pelbagai institusi amalan di provinsi Sichuan diminta memainkan peranan sepenuhnya dalam memastikan jaminan kehidupan warga emas dan orang kurang upaya yang kehilangan anggota keluarga. Selain itu, Kementerian Hal Ehwal Awam juga akan menyelaraskan usaha provinsi-provinsi yang taraf ekonominya maju bagi membantu kehidupan golongan tersebut.
|