Semangat tinggi rakyat di kawasan bencana yang berusaha bersungguh-sungguh menangani kerja-kerja menyelamat telah mengharu rasa seluruh negara. Demikian dinyatakan oleh Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Li Changchun semasa meninjau kawasan bencana gempa bumi di Sichuan. Beliau berharap rakyat di kawasan bencana supaya terus mengekalkan semangat tinggi dalam memulihkan pengeluaran dan membangunkan semula kampung halaman mereka.
Li Changchun mengadakan tinjauan ke Mianyang, Deyang dan Chengdu yang teruk mengalami bencana gempa di Sichuan serta melawat pegawai dan anggota penyelamat yang bertugas atas usaha menangani bencana.
Beliau menegaskan, kerja propaganda mengenai usaha menangani bencana gempa perlu dijalankan dengan bersungguh-sungguh bagi menggalakkan pegawai dan rakyat seluruh negara bersatu padu dalam usaha menangani bencana.
|