v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Mangsa yang Dipindahkan ke Pelbagai Tempat di China Mendapat Penjagaan yang Baik

2008-06-04 16:45:53 CRI

Gempa Bumi yang melanda provinsi Sichuan telah mengakibatkan seramai lebih 300 juta orang cedera. Keadaan ini telah mendatangkan tekanan yang besar kepada badan perubatan di kawasan bencana. Untuk memberikan rawatan yang lebih baik kepada mangsa tersebut, kerajaan China memutuskan untuk memindahkan sebahagian mangsa yang cedera ke luar provinsi Sichuan. Setakat kini, lebih 10 ribu orang yang cedera telah dipindahkan ke 20 buah provinsi, wilayah autonomi dan bandar di bawah pimpinan langsung kerajaan pusat untuk mendapatkan rawatan lanjutan di sana.

Kerajaan China memberikan perhatian kepada penjagaan terhadap mangsa yang cedera, dan mengumumkan bahawa semua belanja perubatan mangsa dalam bencana gempa itu ditanggung oleh kerajaan supaya rawatan bagi mereka itu terjamin.

Ketua Jabatan Pentadbiran Kesihatan bandar Shijiazhuang, provinsi Hebei, Yang Xinjian sedang menyelaraskan kerja pemindahan mangsa yang cedera. Menurut beliau, provinsi Hebei telah menyediakan enam buah hospital untuk menerima mangsa dari kawasan bencana itu. Beliau berkata:

"Enam buah hospital tersebut adalah hospital yang paling baik di seluruh provinsi Hebei. Mangsa akan dihantar ke hospital yang berbeza-beza berdasarkan tahap kecederaan mereka supaya mendapat rawatan lanjut di sana. Kami telah memilih doktor dan jururawat yang paling baik untuk memberikan khidmat kepada mangsa supaya mereka dapat sembuh dengan secepat mungkin."

Mangsa yang dipindahkan ke tempat-tempat yang lain telah mendapat rawatan segera yang dijalankan oleh hospital tempatan. Di Beijing, seramai hampir seratus orang yang cedara dari kawasan bencana telah dimasukkan ke Hospital Warga Emas Beijing. Hospital itu terletak di sebelah utara kawasan luar Beijing. Suasana hospital itu tenteram dan sunyi, dan ia dikenali sebagai "hospital macam taman". Naib Ketua hospital itu, Yang Bing berkata:

"Seramai 94 orang doktor dari pelbagai hospital Beijing telah menubuhkan kumpulan pakar khusus untuk menjalankan rawatan bagi hampir seratus orang yang cedera dari kawasan bencana itu. Hospital kami pun telah menubuhkan tiga kumpulan, iaitu kumpulan pakar, kumpulan rawatan harian dan kumpulan pemulihan."

Untuk menjadikan mangsa berasa seperti berada di rumah sendiri ketika menerima rawatan di hospital, katil di hospital khusus dipasang cadar yang berwarna merah muda dan di atas setiap bantal diletakkan sepucuk surat takziah, manakala di atas kerusi di tepi katil pula disediakan barang-barang keperluan harian termasuk pakaian dalam, tisu tandas dan selipar untuk mangsa. Seorang mangsa yang cedera, yang berusia 79 tahun menyatakan beliau amat berpuas hati dengan penjagaan ahli perubatan di Beijing. Beliau berkata:

"Ketika kami baru tiba di Beijing, bunga dan barang-barang yang lain dihadiahkan kepada kami. Ini amat menyeronokkan. Ahli perubatan juga amat mesra."

Mangsa yang dipindahkan dari kawasan bencana bukan sahaja telah mendapat rawatan dan penjagaan yang baik daripada ahli perubatan tetapi juga mendapat perhatian penduduk tempatan.

Di bandar Qingdao, provinsi Shandong, selepas berita tentang mangsa bencana gempa itu tiba di sana disiarkan oleh badan media tempatan, penduduk Qingdao, sukarelawan dan pekerja di sana yang berasal dari provinsi Sichuan masing-masing memberikan perhatian kepada mangsa tersebut. Seorang saudara kepada mangsa berkata:

"Kami di sini merasa kembali ke rumah. Persekitaran selesa dan penduduk Qingdao amat mesra."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |