Jurucakap Tabung Kanak-Kanak PBB(UNICEF), Puan Veronique Taveau menyanjung tinggi usaha kerajaan China dalam membantu pelajar-pelajar di kawasan bencana gempa bumi Sichuan supaya dapat meneruskan pelajaran mereka.
Beliau dalam sidang akhbar di Geneva semalam menyatakan, walaupun China masih menghadapi kesulitan dalam kerja-kerja menyelamat dan pembangunan semula pasca bencana, akan tetapi, kerajaan, korporat dan sukarelawan telah menyelesaikan kerja penempatan kanak-kanak yang tertimpa gempa bumi, dan membantu mereka supaya dapat meneruskan pelajaran di khemah atau rumah sementara.
Puan Veronique Taveau berkata, sekarang jabatan pendidikan masih menghadapi kekurangan khemah, alat-alat pengajaran, kemudahan kesihatan dan ahli psikologi.
|