Persatuan Syarikat Modal Asing China (CAEFI) memaklumkan, sehingga 5 Jun lalu, pelbagai syarikat modal asing di China, syarikat transnasional dan syarikat Hong Kong, Makau dan Taiwan telah menyumbang bantuan wang dan barang melebihi 3.6 bilion Yuan RMB.
Naib Presiden CAEFI, Encik Liu Zhiben menyatakan, barang bantuan yang disumbang oleh syarikat-syarikat tersebut termasuk, kereta, peralatan, ubat-ubatan dan air minuman yang amat diperlukan di kawasan bencana gempa. Beliau berkata, persatuan tersebut juga akan menghulurkan bantuan kepada pembinaan semula sekolah, hospital, stesen jana kuasa elektrik dan kemudahan infratruktur yang lain di kawasan bencana.
|