Kerja menyalurkan air dari tasik Tangjiashan sedang giat dilakukan. Kumpulan penyelamat pagi tadi melakukan kerja meletupkan runtuhan di tasik yang terbentuk akibat gempa bumi untuk memudahkan pengaliran air, dan telah mencapai hasil yang berkesan.
Pakar-pakar berkenaan menyatakan bahawa jumlah air yang dikeluarkan dari tasik gempa itu meningkat dengan ketara, tetapi ini tidak menandakan bahawa kemungkinan berpecah empangan tasik itu dihapuskan. Sekarang, pihak berkuasa sedang memperbaiki kehidupan penduduk yang dipindahkan ke tempat selamat.
|