Jabatan Pencegahan dan Kawalan Pencemaran Dalam Bangunan telah ditubuhkan di Chengdu, Sichuan semalam.
Ketua Pengarah Pengawasan Persekitaran Dalam Bangun China (CIETC), Song Guangsheng ketika diwawancara oleh wartawan berkata bahawa misi utama jabatan tersebut adalah untuk mencegah dan menangani pencemaran dalam rumah sementara yang didiami mangsa bencana gempa di Sichuan dan kawasan bencana di sekitarnya. Jabatan tersebut akan berusaha bekerjasama dengan jabatan pemeriksaan kualiti di kawasan bencana untuk menjalankan misi tersebut, menyediakan perkhidmatan pemeriksaan dan kawalan pencemaran dalam bangunan. Mereka juga akan mengundang pakar dalam dan luar negara membincangkan dan menyelesaikan masalah pencemaran dalam bangunan dan mengumumkan maklumat terkini di kawasan bencana.
|