Kerja menyalurkan air dari tasik Tangjiashan sedang dilakukan secara teratur.
Sehingga pukul 2.00 petang tadi, lebar saluran air mencapai 145 meter, dan jumlah air yang mengalir keluar dari tasik tersebut sebanyak 3,880 meter padu seminit. Kemungkinan empangan itu pecah semakin tipis.
Kumpulan terakhir tentera yang terlibat dalam kerja-kerja menyelamat di Tangjiashan diundurkan dari empangan tersebut. Hanya beberapa orang pemantau sahaja yang berada di kawasan itu.
Sekarang paras air tasik itu menurun dengan nyata. 4 buah tasik kecil di hilir tasik Tangjiashan musnah selepas dilanda banjir.
Tiada kemalangan berlaku sejak kerja menyalurkan air itu dijalankan.
|