v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wen Jiabao Pengerusikan Mesyuarat untuk Bincangkan Urusan Perubatan dan Kuarantin Lanjutan di Kawasan Bencana
2008-06-10 12:33:26 CRI

Perdana Menteri, Wen Jiabao mempengerusikan mesyuarat Markas Operasi Bantuan Bencana Gempa semalam untuk membincangkan urusan perubatan dan kuarantin lanjutan di kawasan bencana gempa Sichuan serta kerja-kerja menyalurkan bantuan di kawasan bencana gempa di provinsi Gansu dan Shanxi.

Menurut mesyuarat tersebut, operasi kuarantin yang menyeluruh sedang dilaksanakan dengan giat, teratur dan berkesan. Kes wabak penyakit dan kes kesihatan kecemasan tidak berlaku di kawasan bencana. Keperluan sekarang menumpukan tenaga kepada memberikan rawatan yang berkesan kepada mangsa yang cedera parah, mengurangkan kadar kematian dan menjaga orang kurang upaya daripada cedera parah. Mesyuarat mahukan operasi kuarantin dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, meningkatkan usaha pembersihan persekitaran di kawasan bencana dan menjalankan usaha kuarantin dengan baik selepas disalurkan air tasik yang terbentuk oleh runtuhan tanah akibat gempa. Di samping itu, perkhidmatan perubatan di kawasan bencana perlu dipulihkan dengan secepat mungkin.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |