Setakat kini, kes wabak penyakit dan peristiwa kecemasan kesihatan tidak berlaku di kawasan bencana gempa di Sichuan. Jurucakap Kementerian Kesihatan China, Encik Mao Qunan berkata demikian dalam sidang akhbar di Beijing hari ini.
Mao Qunan berkata, selepas gempa bumi melanda Wenchuan Sichuan pada 12 Mei, jabatan berkenaan China telah mengerahkan lebih 10 ribu orang kakitangan perubatan, pekerja kuaranti dan pegawai pengawasan ke kawasan bencana di Sichuan. Kerja-kerja penyelamatan dan perubatan kecemasan dalam skop besar hampir berakhir. Seterusnya, operasi kuarantin dan pengawasan kesihatan dilaksanakan dengan menyeluruh.
Menurut Mao Qunan, jabatan kesihatan akan terus mengambil tindakan untuk memastikan makanan dan air minuman mangsa bencana selamat serta meningkatkan pengawasan terhadap wabak penyakit.
|