Kumpulan pertama barang bantuan daripada kerajaan Malaysia berlepas dari pangkalan tentera udara Subang malam tadi untuk dihantar ke kawasan bencana gempa di Sichuan.
Barang bantuan tersebut merupakan sebahagian daripada barang bantuan yang bernilai 1.5 juta dolar Amerika oleh kerajaan Malaysia, antaranya 4,000 helai selimut, lebih 1,000 kotak ubat-ubatan serta khemah dan alat-alat perubatan. Tentera Udara Malaysia mengerahkan dua pesawat C-130 untuk mengangkut barang bantuan tersebut ke Sichuan.
|