Sehingga pukul 12.00 tengah hari tadi, gempa bumi yang melanda Wenchuan Sichuan mengakibatkan 69,146 orang terkorban, manakala lebih 370 ribu orang cedera dan 17,516 orang hilang. Maklumat ini dikeluarkan oleh Markas Operasi Bantuan Bencana Gempa di bawah Dewan Negara China hari ini.
Menurut maklumat Kementerian Hal Ehwal Awam, kerajaan China telah menerima sumbangan derma dan barang bantuan yang bernilai lebih 44.4 bilion yuan RMB dari dalam dan luar negeri, antaranya wang dan barang bantuan yang bernilai lebih 13.7 bilion telah dihulurkan untuk kawasan bencana.
Di samping itu, Kementerian Kewangan China mengumumkan, kerajaan pelbagai peringkat memperuntukkan lebih 23.4 bilion yuan RMB dalam kerja-kerja penyelamatan.
|