Dalam Bengkel Bantuan Bencana Antarabangsa Angkatan Tentera ASEAN dan China, Jepun dan Republik Korea yang dirasmikan di provinsi Hebei China hari ini, para peserta menghargai peranan pasukan tentera China dalam usaha menyelamat bencana gempa di Sichuan.
Atase tentera Vietnam di China, kolonel kanan Trieu Hong Chien menyatakan, selepas gempa bumi itu berlaku, pasukan tentera China segera mengambil tindakan menyelamat dan menyediakan bantuan yang amat diperlukan. Ketua Hospital Angkatan Tentera Darat Malaysia, kolonel Md Amin Muslan menganggap, reputasi Tentera Pembebasan Rakyat China amat menonjol dalam usaha menyelamat bencana itu.
Dalam upacara perasmian itu, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Luar Kementerian Pertahanan China, Jeneral Qian Lihua menyatakan, bencana gempa yang melanda Wenchuan, Sichuan kali ini telah menarik perhatian masyarakat antarabangsa. Atase tentera pelbagai negara di China masing-masing menyampaikan simpati kepada mangsa bencana melalui pihaknya.
|