Amaran kemungkinan berlaku banjir sekiranya paras air tasik Tangjiashan meningkat yang dikeluarkan oleh Markas Penyelamatan Tasik Tangjiashan Sichuan dibatalkan sejak pukul 4.00 petang semalam. Ini menandakan bahawa ancaman itu berjaya ditangani.
Seramai 240 ribu orang penduduk dari bandar Mianyang dan Suining yang dipindahkan ke tempat lain kembali semula ke kampung halaman mereka.
Takungan air tasik Tangjiashan berkurangan dengan nyata dan kelajuan air itu menjadi perlahan.
Sejak pagi semalam, sebilangan besar penduduk sudah kembali ke rumah mereka.
|