China akan mengawal pengagihan barang bantuan dan dana untuk membangunkan semula kawasan bencana Sichuan.
Ketua Pejabat Perundangan Dewan Negara China, Encik Cao Kangtai berkata demikian dalam sidang akhbar di Beijing hari ini.
Beliau berkata, berdasarkan Peraturan Pembangunan Semula Wenchuan Pasca Bencana yang baru diumumkan, cara pengagihan barang bantuan perlu diumumkan dengan segera dan teratur; cara pengagihan dan penggunaan dana oleh kerajaan perlu dicatatkan dan seluruh masyarakat digalakkan untuk menyelia penggunaan dana dan barang bantuan. Oleh itu sesiapa sahaja berhak untuk membongkar kegiatan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pegawai dalam kerja membangunkan semula kawasan bencana.
Kangtai pula menyatakan, kerja pembangunan semula itu perlu mengutamakan perlindungan alam sekitar dan pemuliharaan warisan budaya etnik minoriti.
|