Menurut Pejabat Penerangan Dewan Negara China, sehingga pukul 12.00 tengah hari tadi, bencana gempa yang melanda Wenchuan, Sichuan mengakibatkan 69,163 orang terkorban, manakala lebih 370 ribu orang cedera dan 17,445 lagi hilang.
Di samping itu, kerajaan China menerima wang dan barang bantuan yang disumbangkan pelbagai kalangan masyarakat dalam dan luar negeri bernilai 45.5 bilion yuan RMB. Lebih 14 bilion yuan daripadanya dihulurkan ke kawasan bencana.
|