Antara 34 buah tasik terbentuk akibat tanah runtuh kerana gempa di Sichuan, ancaman banjir 12 buah tasik telah dibatalkan manakala usaha pembatalan ancaman di 20 buah tasik diselesaikan. Menteri Sumber Air China, Chen Lei menyatakan demikian di Mianyang Sichuan semalam.
Chen Lei dalam mesyuarat tergempar pelaksanaan langkah pembatalan ancaman banjir tasik gempa di Sichuan berkata, sejak projek pembatalan ancaman dimulakan pada 29 Mei lalu, dalam tempoh dua minggu yang lalu, projek tersebut berjalan lancar. Dan disebabkan usaha pengawasan, amaran, ramalan dan pemindahan penduduk dibuat dengan baik, sehingga kini tidak berlaku kemalangan jiwa.
|