China akan memulihkan perkhidmatan pelancongan di destinasi yang terletak di kawasan bencana gempa. Demikian dinyatakan oleh Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar dan Desa China.
Kementerian tersebut mengeluarkan surat pekeliling yang diharapkan destinasi yang mengalami kemusnahan ringan dalam bencana gempa dan sudah dibaik pulih, menerima semula pelancong dengan secepat mungkin. Kementerian tersebut menegaskan, jabatan yang terlibat dalam arahan tersebut mesti memastikan keselamatan di destinasi pelancongan.
Kementerian tersebut juga mengarahkan jabatan pentadbiran destinasi pelancongan yang mengalami kemusnahan teruk dalam gempa mempercepatkan penyusunan rancangan pembangunan semula.
|