Badan perundangan tertinggi China, Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) akan membahaskan laporan Dewan Negara mengenai usaha bantuan dan pembinaan semula bencana gempa pada penghujung bulan ini.
Laporan Dewan Negara itu akan dibahaskan dalam Sidang Ke-3 Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan Ke-11 yang berlangsung pada 24 hingga 26 haribulan ini.
Selepas gempa Sichuan berlaku, Kongres Rakyat Kebangsaan China memutuskan untuk menggunakan tabung pengawalan kestabilan dalam belanjawan tahun ini sebagai sumber utama dana pembinaan semula bencana gempa.
|