v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Telah Peruntukkan 53.864 Bilion Yuan RMB untuk Bantuan Bencana Gempa
2008-06-16 18:59:55 CRI

Jabatan Penerangan Dewan Negara diberikan mandat oleh Markas Operasi Bantuan Bencana Gempa mengumumkan, setakat pukul 12.00 tengah hari tadi, kerajaan China telah memperuntukkan 53.864 bilion yuan RMB untuk usaha bantuan bencana gempa, menerima bantuan dari dalam dan luar negara sebanyak lebih 45.7 bilion yuan RMB, lebih 14.2 bilion yuan RMB daripadanya telah dihantar ke kawasan bencana.

Sehingga pukul 12.00 tengah hari tadi, angka kematian dalam bencana tetap 69,170 orang, manakala 17426 lagi masih hilang dan 14,094 mangsa dirawat di hospital.

Kerajaan China hari ini mengeluarkan "Panduan Penggunaan Wang Sumbangan Bencana Gempa" yang menegaskan, semua wang sumbangan perlu digunakan untuk kawasan bencana gempa Sichuna, Gansu, Shaanxi dan yunnan. Program yang berkaitan dengan kehidupan rakyat hendaklah diutamakan. Pengurusan dan penggunaan wang sumbangan harus teratur, cekap, terbuka, telus, selamat dan berkesan.

Sebagai provinsi yang kedua teruk mengalami bencana gempa kali ini, korban jiwa Provinsi Gansu telah mencapai 365 orang, lebih 10 ribu orang cedera dan lebih 5 juta penduduk terjejas kehidupan. Kerugian pula ditaksir 44.28 bilion yuan RMB.

Dalam sidang akhbar Jabatan Penerangan Dewan Negara hari ini, Naib Gabnor Provinsi Gansu, Feng Jian berkata, setakat 14 Jun, peruntukan kerajaan untuk Gansu ialah 4.884 bilion yuan RMB, sementera sumbangan yang diterima oleh Gansu lebih 1.1 bilion yuan RMB. Dengan bantuan bandar Shenzhen, pembinaan semula di Provinsi Gansu sedang berjalan lancar.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |