v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

He Guoqiang Menekankan Pentingnya Penyeliaan Terhadap Penggunaan Wang Bantuan Bencana
2008-06-16 14:07:14 CRI

Penyeliaan dan pemeriksaan perlu dilaksanakan bagi mengawal pengurusan bantuan bencana supaya menjamin wang dan barang bantuan benar-benar digunakan untuk membantu mangsa bencana gempa bumi.

Setiausaha Suruhanjaya Pusat Pemeriksaan Disiplin Parti Komunis China, He Guoqiang berkata demikian di Sichuan semalam. Beliau membuat tinjauan ke kawasan bencana gempa di Sichuan pada 13 hingga 15 Jun dan telah mengunjungi mangsa-mangsa dan para anggota penyelamat di kawasan bencana di samping memberi arahan kepada kerja-kerja pembinaan semula bangunan di kawasan bencana.

Beliau diberi penerangan khusus keadaan penerimaan, pengurusan, pengagihan dan penyeliaan terhadap wang dan barang bantuan. He Guoqiang menggesa bahawa pengurusan dan penggunaan wang dan barang bantuan hendaklah dilaksanakan secara terbuka dan telus. Mereka yang melakukan kesalahan akan dihukum berat supaya dana dan barang-barang bantuan tidak diselewengkan dan benar-benar digunakan untuk mangsa bencana itu.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |