v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Tingkatkan Kawalan Ubat Perangsang untuk Sediakan Iklim Adil dan Bersih bagi Sukan Olimpik Beijing 2008

2008-06-19 15:42:59 CRI

Pegawai dari Jabatan Penyeliaan dan Pengurusan Makanan dan Ubat-Ubatan Negara China menyatakan di Beijing semalam bahawa dengan ketibaan Sukan Olimpik Beijing 2008 yang semakin hampir, China mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan kawalan secara besar-besaran terhadap proses pengeluaran dan pemasaran ubat perangsang demi menyediakan iklim yang adil untuk Sukan Olimpik Beijing tahun 2008.

Ubat perangsang sentiasa memberikan gangguan terhadap Sukan Olimpik. China telah mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan kawalan terhadap ubat perangsang demi menyediakan iklim yang adil untuk Sukan Olimpik ini sejak Beijing mendapat hak untuk menganjurkan Sukan Olimpik ke-29 pada tahun 2001. Kerajaan China menetapkan " Peraturan Pengurusan Ubat Perangsang" pada tahun 2004 untuk meningkatkan kawalan terhadap ubat perangsang di sisi undang-undang. Jabatan penyeliaan dan pengurusan makanan dan ubat-ubatan, pengurusan industri dan perdagangan serta keselamatan awam China bersama-sama menjalankan kempen khusus untuk memeriksa proses pengeluaran dan pemasaran ubat perangsang di seluruh negara bermula pada akhir tahun yang lalu, menjamin ubat perangsang hanya digunakan untuk menyelamatkan pesakit, dan tidak menjadi alat yang disalahgunakan atlet dalam sukan.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Penyeliaan dan Pengurusan Makanan dan Ubat-Ubatan Negara China, Encik Wu Zhen berkata bahawa kami telah mengadakan pemeriksaan dan pemeriksaan tertutup di Beijing, dan Tianjin, Shenyang, Qingdao, Qinhuangdao dan Shanghai, iaitu bandar-bandar yang ditetapkan sebagai bandar kerjasama Sukan Olimpik Beijing pada pertengahan bulan Mei. Hasilnya, syarikat pengeluar, pengedar dan kedai menjual ubat-ubatan telah lulus dalam pemeriksaan itu."

Wu Zhen berkata bahawa kerajaan China mengenakan hukuman yang berat terhadap kes yang melanggar peraturan pengurusan ubat perangsang. Bermula pada akhir tahun lalu hingga ke hari ini, jabatan yang berkenaan telah mengenakan hukuman antaranya membatalkan permit bagi menghentikan pengeluaran ubat-ubatan terhadap kira-kira 150 buah syarikat yang melanggar peraturan tersebut.

Wu Zhen berkata, jabatan yang berkenaan di China telah menyiasat dan mengenakan hukuman terhadap lebih 320 buah laman web yang mengadakan jualan ubat perangsang secara haram menerusi internet, antaranya terdapat beberapa buah laman web yang pelayannya terletak di luar negara. Wu Zhen berkata bahawa kerja-kerja ini juga memerlukan sokongan dan tindakan daripada masyarakat antarabangsa dan pelbagai negara di dunia, kerana ini merupakan cabaran dan isu antarabangsa. Kami bersedia bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk meningkatkan kawalan terhadap ubat perangsang. Kami bersedia membuat sumbangan demi menyediakan iklim yang adil dan bersih untuk Sukan Olimpik Beijing.

 

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |