Jabatan Penerangan Dewan Negara China memaklumkan, sehingga pukul 12.00 tengah hari tadi, angka kematian dalam bencana gempa bumi Wenchuan ialah 69,186 orang, manakala 374,174 orang cedera dan 18,457 orang masih hilang.
Kerajaan pelbagai peringkat China telah memperuntukkan sebanyak 54.6 bilion yuan RMB dana untuk kerja-kerja menyelamat.
China telah menerima sumbangan derma dan barang bantuan yang bernilai 54.1 bilion yuan RMB dari dalam dan luar negara. Daripada jumlah itu, wang dan barang bantuan yang bernilai 19.1 bilion yuan RMB sudah disalurkan ke kawasan bencana.
|