Delegasi Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong yang diketuai oleh Ketua Ekskutifnya, Donald Tsang Yam Kuen dan delegasi Wilayah Pentadbiran Khas Makau yang diketuai oleh Ketua Ekskutifnya, Ho Hau Wah malam semalam tiba di Chengdu, ibu kota Provinsi Sichuan menyampaikan simpati kepada mangsa bencana gempa Sichuan.
Derma wang yang disumbangkan oleh pelbagai kalangan Hong Kong mencatat lebih 2.1 bilion dolar Hong Kong sejak berlakunya bencana gempa di Wenchuan Sichuan pada 12 Mei lalu. Jumlah itu menciptakan rekod tertinggi dalam aktiviti amalan di Hong Kong. Jumlah derma wang yang disumbangkan oleh pelbagai kalangan Makau yang berpenduduk 500 ribu orang untuk kawasan bencana gempa Sichuan mencatat kira-kira 450 juta dolar Makau dan barang bantuan yang disumbangkannya bernilai lebih 20 juta dolar Makau.
|