Kapal angkasa lepas "Shenzhou VII" dan roket pembawa "Long March 2F" lulus dalam pemeriksaan dan akan dibawa masuk ke Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan pada awal Julai dan Ogos nanti. Ini menandakan, misi kapal angkasa lepas "Shenzhou VII" memasuki fasa pelancaran.
Jurucakap Jabatan Projek Angkasa Lepas Pembawa Manusia China mengumumkan, kapal angkasa lepas "Shenzhou VII" dan roket pembawa "Long March 2F" selesai dikaji dan dipasang serta diluluskan dalam pemeriksaan. Pakar berpendapat, produk tersebut berkualiti baik dan memenuhi piawaian yang berkaitan.
|