Glasier Moreno yang terletak di Taman Glasier Negara Argentina mula runtuh pada 7 Julai lalu. Kini sebuah lubang besar seperti terowong telah wujud di kakinya dan Glasier Moreno mungkin akan runtuh di bahagian yang hampir dengan lubang ini. Glasier Moreno merupakan sebuah glasier yang dapat dinikmati keindahannya oleh pelancong dari jarak dekat. Glasier seperti ini jarang didapati di mana-mana pun di dunia.
|