Kerajaan China bersikap terbuka untuk menerima sumbangan dan bantuan dari tentera luar negara untuk kawasan bencana gempa Sichuan. Ini menunjukkan kematangan dan keyakinan China terhadap usaha mengatasi malapetaka tanpa diduga itu.
Pujian itu disampaikan oleh Duta Besar Singapura ke China, Chin Siat Yoon semalam pada majlis jamuan yang diadakan oleh Kementerian Pertahanan China.
Naib Ketua Turus Agung Tentera Pembebasan Rakyat China, Ma Xiaotian menyatakan bahawa selepas gempa bumi melanda Sichuan, jabatan pertahanan dari 18 buah negara termasuk A.S., Rusia, Singapura, Republik Korea dan Jerman telah menyalurkan bantuan kemanusiaan ke kawasan bencana. China merakamkan penghargaan terhadap bantuan negara-negara tersebut.
|