v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beijing Menunaikan Janjinya Sebagai Tuan Rumah Sukan Olimpik

2008-07-13 15:38:43 CRI

Tujuh tahun yang lalu, "laporan penawaran calon tuan rumah" yang diserahkan oleh Beijing kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) serta "kontrak bandar tuan rumah" yang ditandatangani kemudian memaktubkan janji-janji Beijing sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2008. Antaranya termasuklah hampir 5000 projek yang perlu diselesaikan di Beijing untuk menganjurkan Sukan Olimpik.

Dalam tempoh tujuh tahun sejak Beijing berjaya mendapat hak penganjuran Sukan Olimpik, China telah menyiapkan pembinaan gelanggang-gelanggang untuk Sukan Olimpik dengan kualiti yang tinggi. Kini, 37 buah gelanggang pertandingan Sukan Olimpik telah siap dibina dan lulus ujian. Antaranya, teknologi dan mutu Stadium Negara China yang dikenali sebagai "Sarang Burung" dan Pusat Akuatik Negara "Kubus Air" lebih tinggi daripada standard yang dijanjikan. Sebagai stadium utama Sukan Olimpik Beijing, "Sarang Burung" telah mendapat pujian meluas dengan reka bentuknya yang unik. Ketua projek bangunan ini, Encik Tan Xiaochun memaklumkan

"Kimpalan kelim penyambung keluli pada struktur utama bangunan ini, jika disambungkan panjangnya 320 kilometer. Projek ini melibatkan 1100 orang pengimpal, dan kerja mereka mengambil masa lebih setahun. Mutu projek ini semua menepati standard dan diktiraf sebagai satu keajaiban dalam sejarah pembinaan negara ini."

Selain itu, pembinaan kemudahan pengangkutan bandar Beijing juga ditingkatkan dan mencapai kemajuan ketara. Pegawai dari jabatan pentadbiran pengangkutan Beijing, Encik Li Chengrui menyatakan bahawa dalam tempoh Sukan Olimpik diadakan, laluan khas Olimpik yang paling panjang berbanding yang ditandakan di jalan raya bandar tuan rumah Sukan Olimpik lalu akan mula beroperasi di Beijing. Dengan itu, masa dari tempat penginapan atlet ke venue acara mereka tidak akan melebihi 30 minit. Beliau berkata,

"Panjangnya seluruh laluan khas Sukan Olimpik dijangka mencatat 285.7 kilometer. Laluan ini ditandakan di kawasan sekeliling venue-venue acara sukan, gelanggang latihan, pusat media dan tempat-tempat yang berkenaan. Projek ini dijangka siap dibina pada 20 Julai ini."

Menurut statistik, kadar penghutanan di Beijing melebihi 51.6% dan jumlah hari yang kualiti udara menepati standard di kawasan bandar ini pula mencatat 246 hari pada tahun 2007. Kualiti Udara dan alam sekitar di Beijing semakin meningkat. Tujuh matlamat berhubung kerja penghutanan menjelang Sukan Olimpik yang dijanjikan Beijing dalam penawarannya untuk memohon menjadi tuan rumah temasya sukan itu semua dicapai pada penghujung tahun yang lalu. Pegawai Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Beijing, Wang Xiaoming berkata,

"Melalui usaha beberapa tahun ini, kualiti udara Beijing meningkat dengan ketara. Kualiti udara yang baik akan dijamin melalui pelbagai langkah yang telah dan akan diambil ketika berlangsungnya Sukan Olimpik Beijing. "

Kesemua kerja persiapan tersebut juga mendapat penilaian tinggi daripada IOC dan pihak berkenaan. Pengerusi Persatuan Jawatankuasa-jawatankuasa Olimpik Negara (ANOC), Mario Vazquez Rana ketika diwawancara oleh wartawan CRI menyatakan bahawa kerja-kerja persiapan untuk Sukan Olimpik Beijing amat memuaskan.

Beliau berkata,"Saya berharap Sukan Olimpik Beijing menjadi Sukan Olimpik yang paling berjaya dalam sejarah temasya sukan ini. Kita sudah menghampiri matlamat ini."

Kini, suasana sambutan Sukan Olimpik semakin dirasai di jalan-jalan raya di Beijing. Bendera berwarna-warni yang bertulis "Satu Dunia, Satu Impian" berkibar-kibar di tepi jalan-jalan utama di bandar Beijing. Stesen-stesen perkhidmatan sukarelawan yang meliputi seluruh bandar mula beroperasi. Beijing sudah bersiap sedia menyambut kedatangan tetamu-tetamu dari seluruh dunia.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |