v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wen Jiabao Ketuai Mesyuarat Bincangkan Dasar Bantuan Lanjutan Terhadap Mangsa Bencana Gempa
2008-07-13 16:08:29 CRI

Perdana Menteri, Wen Jiabao mengetuai mesyuarat untuk membincangkan dasar tentang bantuan lanjutan terhadap mangsa di kawasan bencana gempa semalam.

Menurut mesyuarat itu, selepas bencana gempa melanda Wenchuan, kerajaan menyusun dan melaksanakan dasar bantuan selama 3 bulan terhadap mangsa di kawasan bencana. Setakat ini, mendapat bantuan daripada kerajaan meliputi seramai lebih 8.81 juta orang yang kehilangan rumah, bahan mentah pengeluaran dan pendapatan serta lebih 260 ribu orang anak yatim piatu, warga emas yang kehilangan anggota keluarga dan orang kurang upaya ekoran bencana gempa.

Mesyuarat itu memutuskan, kerajaan akan memberikan bantuan lanjutan kepada mangsa yang tetap mengalami kesulitan. Sebaik sahaja pelaksanaan dasar bantuan lanjutan sampai tarikh tamatnya, kerajaan akan memberikan bantuan kepada mereka yang tetap susah berdasarkan sistem jaminan minimum kehidupan bandar dan desa serta sistem bantuan sementara kepada mangsa desa.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |