v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Seminar Antarabangsa untuk Berkongsi Pengalaman Pembinaan Semula Selepas Bencana Gempa Diadakan di Beijing
2008-07-14 14:44:57 CRI

Kementerian Perdagangan China dan pejabat perwakilan PBB di Negara ini menganjurkan bersama Seminar Antarabangsa untuk Berkongsi Pengalaman dalam Bidang Pembinaan Semula Selepas Bencana Gempa selama dua hari mulai hari ini di Beijing.

Penolong Menteri Perdagangan, Qiu Hong menyatakan kerajaan dan rakyat China akan berusaha melaksanakan program pembinaan semula di kawasan bencana gempa bumi itu. Di samping itu, pihaknya juga mengalu-alukan masyarakat antarabangsa menyumbang lebih banyak sokongan dan bantuan bagi usaha pembinaan semula.

Pegawai pejabat perwakilan PBB di China, Khalid Malik menyatakan bahawa kerajaan China telah menunjukkan usaha yang bersungguh-sungguh dan sikap bertanggungjawab dalam usaha-usaha menyelamat di kawasan bencana Sichuan. Kemajuan besar dapat dilihat dalam pembinaan semula di kawasan bencana. Selain itu, masyarakat antarabangsa, pertubuhan bukan kerajaan dan sejumlah besar orang perseorangan juga memberi bantuan masing-masing kepada China untuk membantu mangsa di kawasan bencana.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |