Kementerian Pendidikan dan Sains Rusia memaklumkan lebih 900 orang kanak-kanak dari kawasan bencana gempa China akan mendapat rawatan di beberapa pusat pemulihan kanak-kanak Rusia pada musim panas tahun ini.
Enam pusat pemulihan kanak-kanak di Rusia akan memberikan rawatan tersebut mulai 17 Julai ini. Dalam tempoh 21 hari, mereka akan menerima rawatan fizikal dan psikologi.
Kementerian tersebut menyatakan kanak-kanak tercedera dalam Peristiwa Beslan di Rusia dahulu menerima rawatan di China, dan sebagai balasan Rusia juga patut memberi bantuan kepada kanak-kanak yang mengalami bencana di China.
|