Inilah gambar stesen bas yang baru dibina di sekeliling "Sarang Burung", iaitu Stadium Negara China yang dirakamkan kelmarin.
Dalam tempoh Sukan Olimpik Beijing, Syarikat Lalu Lintas Awam Beijing akan membuka 34 buah laluan khas untuk temasya sukan ini. 10 buah laluan akan dibuka pada 20 Julai nanti untuk memenuhi keperluan pegawai Suruhanjaya Penganjur Sukan Olimpik Beijing, sukarelawan dan wartawan yang bertugas di kampung media.
|