v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pelajar-pelajar Mangsa Bencana Gempa Sichuan Menyertai Aktiviti Perkhemahan Antarabangsa di Rusia
2008-07-18 20:08:50 CRI

Majlis sambutan kedatangan 364 orang pelajar mangsa bencana gempa bumi Sichuan China telah diadakan di Pusat Kanak-kanak Rusia "Okean" di Vladivostok, Rusia pagi tadi. Ini menandakan bermulanya aktiviti perkhemahan musim panas antarabangsa pertama yang disertai pelajar-pelajar China.

Semasa berucap di majlis perasmiannya, Duta Besar China di Rusia, Liu Guchang menyatakan seramai 1570 orang pelajar dari kawasan bencana Sichuan akan menjalani rawatan di Rusia. Keputusan strategik ini dibuat bersama oleh Presiden Rusia, Dmitri Medvedev dan rakan sejawatnya dari China, Hu Jintao. Ini menunjukkan perasaan penyayang Presiden, kerajaan dan rakyat Rusia terhadap rakyat China serta perhatian berat terhadap kanak-kanak mangsa bencana gempa China.

Naib Menteri Pendidikan Rusia, Yuri Sentyurin menyatakan semua kanak-kanak dari China itu ialah tetamu kehormat Presiden Rusia. Beliau berharap mereka dapat mengadakan hubungan erat dengan kanak-kanak Rusia dan menjalin persahabatan yang kekal abadi.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |