v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Syarikat yang Melepaskan Sisa Cemar Tinggi Ditutup Sementara untuk Tempoh Sukan Olimpik Beijing

2008-07-21 15:29:42 CRI

Bermula 20 Julai hingga 20 September nanti, pelbagai syarikat yang melepaskan sisa cemar yang tinggi ditutup buat sementara waktu untuk mengurangkan pencemaran dalam tempoh diadakan Sukan Olimpik Beijing dan Paralimpik Beijing. Ini merupakan satu lagi langkah lain untuk menjamin kualiti udara sepanjang tempoh Sukan Olimpik Beijng. Pegawai Kementerian Perlindungan Alam Sekitar China menyatakan bahawa kawalan dan pengurangan pelepasan pencemaran tidak akan dihentikan selepas temasya sukan itu.

Untuk menunaikan janji "Olimpik Hijau" yang diberikan 7 tahun yang lalu, Beijing telah melaksanakan banyak usaha untuk mengurangkan pelepasan sisa cemar dan mengawal pencemaran. Pegawai Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Beijing, Zhong Liangxi berkata:

"Syarikat-syarikat yang ditutup dalam tempoh Sukan Olimpik Beijing dibahagikan kepada dua kategori, iaitu ditutup untuk selama-lamanya dan ditutup untuk sementara waktu. Syarikat-syarikat yang mengganggu hidup rakyat akan dipindahkan ke tempat lain atau diarahkan supaya mengubah strukturnya; Manakala, sesetengah syarikat diarahkan mengubah rancangan pengeluarannya dan menghentikan pengeluarannya untuk sementara waktu."

Syarikat Simen Yanshan Berhad yang terletak dibahagian barat Beijing merupakan salah sebuah syarikat yang ditutup untuk sementara waktu. Pengurus syarikat itu, Puan Ding Zhongqin berkata bahawa bermula pada tahun 2000, syarikat itu telah meningkatkan teknologi dan mengurangkan pelepasan sisa cemarnya. Selepas syarikat itu ditutup bagi Sukan Olimpik ini, tumpuan utama akan diberikan terhadap pembaikpulihan kemudahan pengeluaran untuk melindungi alam sekitar.

"Walaupun jumlah pengeluaran syarikat kami menjadi kurang, namun syarikat kami tetap berkembang kerana kami masih mempunyai pelbagai projek yang baru."

Sejak tahun 1998, lebih 200 langkah telah diambil untuk menangani isu sisa cemar di Beijing. Selain daripada memindah, menutup dan meningkatkan teknologi syarikat yang melepaskan pencemaran yang tinggi, Beijing juga mengganti ribuan teksi dan bas. Langkah-langkah tersebut menjadikan kualiti udara Beijing terus bertambah baik. Jumlah hari yang menepati piawai bertambah kepada 246 hari pada tahun yang lalu berbanding dengan 100 hari pada tahun 1998.

Nicolas Vinoy ialah seorang wartawan Perancis yang bekerja di Beijing. Beliau berkata:

"Kebanyakan orang Perancis kurang mengetahui keadaan sebenar Beijing. Menurut mereka, Beijing ialah sebuah bandar lama dengan pencemaran yang tinggi. Saya berasa Beijing amat moden, alam sekitar dan ekologinya dipelihara dengan baik. Saya ingin membuat liputan untuk menunjukkan Beijing yang sebenar."

Bermula pada 20 Julai hingga 20 September, peraturan baru dilaksanakan di Beijing, iaitu kereta yang bernombor ganjil hanya boleh masuk pada tarikh-tarikh ganjil, manakala kereta yang bernombor genap boleh masuk pada tarikh-tarikh genap sahaja. Dengan itu, jumlah asap ekzos yang dilepaskan oleh kenderaan juga akan turut kurang 60%.

Pegawai Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Beijing, Wang Xiaoming menyatakan bahawa kebanyakan daripada 200 lebih langkah yang diambil untuk mengurangkan pelepasan pencemaran akan terus dilaksanakan selepas Sukan Olimpik Beijing. Beliau berkata:

"Langkah-langkah yang telah diambil tersebut tidak akan dihentikan selepas Sukan Olimpik Beijing diadakan kerana pembaikan kualiti udara adalah untuk menjamin kesihatan rakyat dan warga asing di Beijing bagi tempoh yang panjang."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |