v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penduduk Beijing Beriadah Sambut Sukan Olimpik Beijing

2008-07-22 16:52:10 CRI

Sejak Beijing dipilih sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2008 tujuh tahun yang lalu, kerajaan China aktif melaksanakan konsep "Sukan Olimpik Kemanusiaan" dan menggalakkan orang awam menyertai pelbagai jenis aktiviti riadah di samping giat membina kemudahan sukan di tempat-tempat awam.

Di bandar Wuhan, provinsi Hubei China, satu pertandingan bola tampar yang amat istimewa diadakan di satu kawasan kediaman. Pemain yang menyertai pertandingan itu semua adalah penduduk kawasan ini, antara mereka ada yang muda dan juga yang sudah berusia. Mereka semua berasa amat gembira dan seronok dalam pertandingan tersebut.

Pertandingan bola tampar seperti ini dan pelbagai jenis aktiviti riadah yang disertai secara beramai-ramai boleh didapati di pelbagai tempat di China.

Sejak kerajaan China melaksanakan "Program Aktiviti Riadah Rakyat" pada tahun 1995, kesedaran orang awam kepada penyertaan dalam aktiviti sukan telah banyak meningkat. Naib Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Kesukanan Negara, Feng Jianzhong dalam sidang akhbar yang diadakan di Beijing hari ini berkata: "Sekarang, semakin ramai orang di bandar menyertai pelbagai jenis aktiviti riadah dan aktif menyertai pelbagai temasya sukan yang diadakan di kawasan perumahan mereka. Di kawasan desa pula, petani juga memanfaatkan masa lapang usaha penanaman untuk mengambil bahagian dalam pelbagai jenis aktiviti riadah."

Menurut Feng Jianzhong bahawa usaha pembinaan kemudahan sukan telah mencapai kemajuan yang besar dengan menggunakan peruntukan kerajaan pelbagai peringkat pada tahun-tahun kebelakangan ini. Dalam tempoh 3 tahun yang lalu, kerajaan China telah memperuntukkan dana sebanyak 2.6 bilion Yuan RMB kepada usaha pembinaan kemudahan sukan di kawasan desa. Sekarang, baik penduduk bandar, mahupun penduduk desa di seluruh negara boleh memanfaatkan pelbagai kemudahan sukan untuk beriadah.

Difahamkan, pelbagai aktiviti riadah tradisional yang diikuti oleh rakyat pelbagai kaum di China juga akan dipamerkan kepada warga asing dalam tempoh Sukan Olimpik Beijing. Ketua Bahagian Kesukanan Orang Awam Jabatan Pentadbiran Kesukanan Negara, Encik Sheng Zhiguo menyatakan bahawa gelanggang aktiviti riadah yang mempunyai ciri-ciri tradisional akan disediakan di sekitar stadium utama Sukan Olimpik di Beijing dan pelbagai stadium yang lain di Shanghai, Qingdao, Qinhuangdao, Shenyang dan Tianjin. Kata beliau: "Di Beijing sahaja, penduduk akan menyertai pelbagai aktiviti riadah secara beramai-ramai di Dataran Tian'anmen pada setiap pagi dalam tempoh Sukan Olimpik diadakan. Selain itu, pameran aktiviti sukan tradisional juga akan diadakan di kawasan sekitar Stadium Negara dan beberapa taman di Beijing."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |