Sepasang suami isteri menghayati adat perkahwinan dalam budaya tradisional China di rumah "Olimpic Homestay" di No.39 Lorong Nanguanfang, Shishahai.
Sempena Sukan Olimpik, Beijing akan menerima kedatangan seramai 500 ribu orang pelancong dari seberang laut. Mereka bukan sahaja boleh menginap di hotel bertaraf bintang, tetapi juga boleh tinggal di rumah penduduk Beijing yang diberi keizinan untuk menerima tetamu asing oleh Jabatan Pelancongan Beijing dalam program "Olimpic Homestay" atau "Rumah Keluarga Olimpik". Rumah di alamat No.39, Lorong Nanguanfang, Shishashi itu merupakan salah sebuah daripada keluarga tersebut.
Berbeza daripada hotel, "Rumah Keluarga Olimpik" membolehkan tetamu asing memahami dengan lebih baik budaya tradisional China.
Seorang pemandu pelancong sedang memperkenalkan sejarah rumah No.39, Lorong Nanguanfang kepada pelawat.
|