Sebuah kapal perang Republik Korea terlibat dalam latihan bersama tentera laut dan udara secara besar-besaran di sekitar pulau Dokdo di perairan laut timur negaranya pada 30 Julai lalu.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Republik Korea, Kang Sok-koo menyatakan bahawa sebanyak 6 buah kapal perang tentera laut termasuk kapal pembinasa "KDX-I Okpo", kapal ronda dan helikopter antikapal selam telah menyertai latihan bersama itu.
|